Monday 22 June 2015

Sumbangan Ikhlas Ramadhan PSSL12

Ibadah Zakat merupakan satu kewajipan yang jelas dalam Agama Islam. Ia bukanlah satu kewajipan yang terbeban kepada seorang individu sahaja tetapi merupakan satu sistem dalam masyarakat Islam yang dipantau perlaksanaannya oleh Pihak Pemerintah dan diurus secra sistematik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan samada dari segi kutipan mahupun agihan.

DAri segi siasah dan maslahah, Zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak  dan kepentingan zakat tersebut. Dari sudut pandangan syarak, Mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya  diagihkan kepada Asnaf yang layak.
,(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat)

Oleh yang demikian, PSSL12 bercadang untuk menyeru kepada semua ahli dan sesiapa sahaja untuk membantu dalam agihan zakat kepada salah seorang rakan kita di PSSL12 yang kini sedang diduga dengan musibah yang meletakkan beliau didalam 8 golongan asnaf yang berhak menerima wang Zakat. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Bukhari bin Mohd Thani. Beliau kini sedang sakit dan keadaan penyakitnya membuatkan beliau hilang keupayaan untuk berkerja. Pada sesiapa yang ingin membuat bayaran Zakat dan sumbangan bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan sumbangan boleh dibuat dengan hadir ke gelanggang PSSL12 atau berhubung terus dengan En. Fuad ( +6012-644 2726 ) & En. Hafiz (+6017-637 4217 )


Tuan/puan juga boleh meyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan lagi bebanan beliau. Akhir sekali, semoga sumbangan ikhlas daripada tuan/puan akan meringankan beban beliau dan semoga kerja yang baik ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Jasa baik tuan/puan hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.



No comments:

Post a Comment