Sunday 12 June 2011

Majlis Tahlil Pada 8 Julai 2011

Assalamualaiku....
Insya Allah, Satu Majlis bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah akan diadakan pada pada  8 Julai 2011 bertempat di rumah Guru Utama Silat Langkah 12. Semua Murid dan Guru-guru kanan dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ini. Majlis akan bermula pada pukul 9.00 malam dan dijangka tamat sekitar pukul 10.00 malam (INSYA ALLAH). Kehadiran tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saturday 11 June 2011

Kembalinya Kerahmatullah GURU kepada GURU

Assalamualaikum dan selamat pagi.......
Pagi ini suasana agak dingin. Message yang masuk daripada telefon membawa satu perkhabaran yang amat mengejutkan. Pulangnya seorang Guru kepada Guru Utama Perguruan Silat Langkah 12.
Guru yang dimaksudkan ialah Guru Utama Pengasas Ilmu Silat Firasah, Tuan Haji Mat Tahir bin Aral. Beliau merupakan bekas seorang Ahli Jawatankuasa Perbandaran Kajang, Sepanjang hayatnya hanya menumpukan pengajaran keilmuannya secara tidak resmi dan berasaskan jalinan peribadi / individu yang mengetahuinya melalui mulut ke mulut semenjak tahun 1960 dah mungkin telah melahirkan puluhan ribu anak murid di Nusantara ini.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada dunia Persilatan Melayu khasnya Silat Firasah. Sebagai anak anak Silat Langkah 12, Doa dipanjatkan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah

Thursday 9 June 2011

Langkah 1 : Seni Silat Langkah 12

Semua Gerak akan bermula dengan langkah 1. Langkah satu merupakan kedudukan berdiri tegak, bersedia dengan kedua kaki berdiri diatas tanah/lantai. contoh apa yang dinamakan langkah 1 adalah seperti apa yang terdapat didalam gambar dibawah yang akan dimuatkan kemudian. Ada juga menggelarkan ianya sebagai berdiri tegak.