Kursus SSL12

Antara Kursus-kursus sepanjang tahun yang terdapat di Seni Silat Langkah 12
adalah

Asas Gerak Pendekar
Sebagai perkenalan kepada Seni Silat Langkah 12 (SSL12). Pelajar akan didedahkan kepada beberapa teknik asas dalam SSL12, antaranya permainan langkah yang asas daripada langkah 1 hingga langkah 12 dan beberapa buah dan teknik-teknik mengelak pelbagai serangan senjata tajam dan tumpul. Tidak lupa juga beberapa kuncian dan buah pukul wajib SSL12. Kursus ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan dikendalikan oleh guru yang terlatih dihadapan Guru Utama SSL12.
Yuran Kursus RM100
(Termasuk pendaftaran menjadi ahli)

Kursus Pengisian Rohani
(Tahap 1)
Pelajar akan diijazahkan oleh Guru Utama SSL12 beberapa amalan-amalan doa dan Zikir sebagai panduan menjadi seorang muslim yang sejati.  Amalan ini adalah berlandaskan syariat Islam dan bebas daripada perkara perkara yang bertentangan dalam Islam.
Yuran: RM100

Silat Firasah
Silat Firasah adalah satu lagi koleksi keilmuan persilatan warisan bangsa Melayu yang berasaskan agama Islam yang selama ini wujud tanpa disedari oleh masyarakat di Negara ini Malaysia. Keadaan ini berlaku oleh kerana Guru Utama Pengasas Ilmu Silat Firasah, Allahyarham Tuan Haji Mat Tahir bin Aral, iaitu bekas seorang Ahli Jawatankuasa Perbandaran Kajang, hanya menumpukan pengajaran keilmuannya secara tidak resmi dan berasaskan jalinan peribadi / individu yang mengetahuinya melalui mulut ke mulut semenjak tahun 1960. Semenjak itu, ramai individu telah mendatang dan mempelajarinya dari pelbagai kalangan / peringkat masyarakat dan pelusuk negeri. Keilmuan SF lebih dikenali di antara pengamal-pengamal terawal sebagai “Keilmuan Persilatan Hidup” yang membawa maksud:
Ia tidak terikat semata-mata di gelanggang, sepertimana lazimnya keilmuan persilatan yang lain, malah ia lebih fokus kepada amanah dan tujuan asal penciptaan manusia oleh Ilahi dan realiti, iaitu, menyediakan pengamal-pengamalnya menghadapi dan mempertahankan diri masing-masing dari musuh-musuh yang berbentuk samada Ruhaniah mahu pun Lahiriah:
  1. Hubungan di antara Manusia dengan Penciptanya [Allah swt];
  2. Manusia dengan Manusia [kemasyarakatan], dan;
  3. Manusia dengan Alam persekelilingannya.
Rangkuman keilmuan tersebut bersesuaian dengan namanya “Silat Firasah” yang mana pengtakrifannnya tidak sepertimana lazim digunapakai oleh hampir keseluruhan sistem persilatan masa kini.
Pada yang berminat anda perlulah
Datang sendiri ke gelanggang Silat Langkah 12.



Kursus Pendek Bermain Kerambit (1-2 Hari)
Pesilat akan didahkan dengan beberapa teknik permainan kerambit, seperti biasa akan dikongsikan teknik teknik mempertahankan diri menggunakan kerambit, Buah buah kerambit, teknik dan cara mematikan permainan kerambit dan beberapa perkongsian lain.


Pelajar akan dihadiahkan kerambit (yang digunakan semasa latihan - kerambit kayu)  setelah selesai kursus sebagai tanda kenangan dan tamat pembelajaran. Seperti biasa, pesilat akan dibimbing oleh jurulatih kanan perguruan dihadapan guru utama perguruan. Sebarang permasalahan dan pertanyaan juga boleh diutarakan semasa kursus.


Jadual Kursus : 10.00 pagi -  5.00 Petang
Tempat :  Gelanggang Utama Seni Silat Langkah 12.
Persediaan pelajar : Sila bawa kain pelikat dan sepasang baju persalinan
pada yang tidak membawa baju, T-shirt latihan silat boleh dibeli dengan harga RM20 satu.
Sila bawa kemahuan untuk belajar dan bukan kemahiran untuk mengajar didalam sesi ini.
Call dahulu untuk tempahan tempat kerana 5 orang peserta sahaja untuk sehari.
Makanan disediakan untuk Makan tengahari dan minum petang.
Yuran : RM150 seorang. 

Insya Allah