Aktiviti

Borang Pendaftaran / Sumbangan

Sila click borang tersebut.
1) Klik untuk besarkan
2) Right Click "Save picture as.."

Isi dan boleh hantarkan ke alamat

Perguruan Silat langkah 12
1034, Batu 7 3/4 Ulu Kelang
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

atau

Hantar sendiri iaitu hadir ke gelanggang.


Buku panduan dan Persilatan Seni Silat Langlah 12

Proses pembikinan sedang dijalankan dan dijangkan mengambil masa sukurang-kurangnya 6 bulan. Buku ini yang buat julung kalinya akan diterbitkan sekitar 2013 akan memberi panduan kepada semua Jurulatih juga para pelajar dan tidak lupa juga kepada pencinta Seni Beladiri khususnya Silat Melayu untuk sama sama melahirkan rasa cintakan seni warisan melayu ini. Antara kandungan menarik naskah ini adalah perkongsian ikhlas permainan langkah dalam SSL12 oleh Guru Utama Perguruan, Terdapat juga beberapa tips menarik berhadapan musuh, amalan amalan yang menjadikan seseorang pesilat seorang muslim yang sejati dan banyak lagi.
Silalah nantikan kemunculannya.
Insya Allah

Proses Menaik taraf Gelanggang Sedia Ada

Sekarang dalam proses menyiapkan gelanggang baru yang terletak bersebelahan gelanggang lama. Gelanggang baru diyakini mampu memberikan keselesaan kepada pelajar dan semua. Semua ahli digalakkan untuk turut serta dalam proses menyiapkan gelanggang baru ini dan sebarang sumbangan daripada ahli dan rakan rakan amatlah dihargai.

Proses menyiapkan gelanggang ini akan dimulakan setiap hujung minggu dan kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai. Sila hadirkan diri anda jika ada kelapangan.

Sekian Terima kasih.

No comments:

Post a Comment