Sunday 10 June 2012

Di Undang Majalah Seni Beladiri

Pada hari Ahad yang lalu, 10/06/2012, Guru Utama dan beberapa jurulatih kanan Perguruan Seni Silat Langkah-12 telah pergi membuat lawatan ke Pejabat Majalah Seni Beladiri (area Danau Kota). Kedatangan di sambut oleh Guru Utama Keris Melayu Lok-9 juga tuan punya Majalah Seni Beladiri, Tuan Azlan Ghani. Hampir 3 jam berada disana dan antara agendanya termasuklah sesi tembual bersama guru utama perguruan iaitu Tok Ali. Sesi Potography bersama murid-murid kanan perguruan antaranya A. Faizal Polis, Man Kerang dan Along, Solat Maghrib dan perkongsian ikhlas beberapa buah pukulan asas perguruan untuk dimuatkan sebagai salah satu daripada artikel didalam majalah tersebut.

Pihak Seni Silat Langkah-12 mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pihak Majalah Seni Beladiri khasnya Tuan Azlan Ghani diatas keperihatinan beliau memartabat dan memelihara Adat, Budaya dan Seni Warisan Melayu. Terima kasih juga diatas kesudian beliau meluagkan masa buat Seni Silat langkah-12 bertukar tukar pandangan dan juga pendapat.

Untuk murid murid lain yang tidak berkesempatan untuk mengikuti trip semalam, pihak tertinggi Seni Silat Langkah-12 memohon maaf . Untuk tatapan, gambar masih belum dapat lagi, nanti kalau dah ada gambar, Insya Allah akan dimasukkan.

Majulah Silat untuk Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia




Guru Faizal dengan ikatan samping ala-ala Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee semasa di pejabat Majalah Seni Beladiri.


*# menutip pesanan daripada Guru Utama Keris Melayu Lok-9, #*
                     " belajarlah silat apapun kerana semuanya bagus."