Galeri SSL12

Persediaan Persembahan Perkahwinan Cikgu Fuad
Berikut adalah antara beberapa gambar kenangan semasa latihan di gelanggang utama perguruan. Latihan di kendalikan oleh Cikgu Faizal. Pesilat adalah dikalangan anak anak pegawai Polis IPK Ulu Kelang.Latihan diadakan untuk persediaan untuk membuat persembahan di Majlis Perkahwinan Cikgu Fuad.








Pedang Buatan Sendiri 
Pedang ini adalah hasil kerja tangan Ayahanda kepada Guru Utama SSL12, Arwahyarham Osman bin Ariffin. Namun tidak dapat dipastikan dengan terperinci jenis kayu dan besi yang digunakan untuk menghasilkan pedang ini dan sejarahnya juga tidak dapat dipastikan. Pedang yang berusia 50 tahun lebih ini masih kekal dalam simpanan Guru Utama SSL12 sebagai satu kenangan yang sukar dilupakan.




Pedang Sarung Kulit
Pedang ini adalah hadiah daripada salah seorang murid SSL12 kepada Guru Utama SSL12. Menerut beliau pedang ini adalah milik datuk beliau semasa hayatnya. Menurut beliau, pedang ini sudah banyak memakan darah terutama sekali ketika terjadinya rusuhan kaum pada tanggal keramat 13 Mei 1969. Pedang ini juga tidak dapat dipastikan dengan tepat daripada apa dan siapa pembuatnya. Secara fizikal, pedang ini berhulu kayu dan sarungnya diperbuat daripada kulit. Pedang ini masih lagi berkeadaan baik seperti keadaan asal ketika diserahkan kepada Guru Utama SSL12. Perkongsian gambar ini khas buat peminat-peminat pedang dan senjata Melayu.








No comments:

Post a Comment