Wednesday 26 September 2012

Sumbangan ikhlas diperlukan

Sumbangan ikhlas daripada semua ahli amatlah dihargai dan diperlukan bagi menaik taraf gelanggang SILAT LANGKAH 12. Bagi sesiapa yang berhasrat untuk membuat sumbangan sila dapatkan borang sumbangan ikhlas daripada Cikgu Man bermula 1 Oktober 2012 di gelanggang SSL12.

Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai.

Wednesday 19 September 2012

Pengumpulan data ahli-ahli SSL12

SSL12 kini dalam usaha untuk mengumpulkan kembali semua murid-murid lama yang pernah suatu masa dahulu sama-sama bergelanggang di bawah nama Seni Silat Langkah 12. Termasuk juga kepada sesiapa yang pernah menuntut disini tidak kira samada Ilmu Persilatan ataupun Kerohanian,

Kepada semua murid, Sila hadirkan diri anda di gelanggang pusat pada bila bila masa. Untuk memastikan hubungan silaturrahim ini terus mekar terjalin, anda dikehendaki untuk mengemaskini rekod dengan SSL12. Ini bagi memudahkan sebarang maklumat terkini disampaikan kepada anda semua tidak kira dimana anda berada. Sila berbuat demikian dengan kadar segera.

Sekian Terima Kasih.
B/p Guru Utama Perguruan