Tuesday 27 May 2014

Persiapan Busana sempena Menyambut Kedaangan YB Tuan Haji Saari Sungib

Antara snap yang terakam di lensa kamera ku. Persediaan meraikan kedatangan YB pada 14 Jun  2014. Persediaan busana iaitu Tanjak, Bengkung dan Samping. Somoga nampak kacak dan gagah umpama Pahlawan Melayu dengan berbusana nanti dan diharap semua perancangan berjalan dengan lancar pada hari berkenaan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua yang terlibat dan Encik Ibrahim yang sudi meluangkan masa membantu dalam menjayakan aktiviti berbusana ini. Jasa dan budi anda akan sentiasa dikenang oleh Perguruan Seni Silat Langkah 12.





Saturday 10 May 2014

Kunjungan YB Tuan Haji Shari Sungip.

Untuk makluman semua ahli dan AJK Perguruan Seni Silat Langkah 12 (PSSL12). PSSL12 akan menerima kedatangan YB Hulu Kelang dan diharapkan semua dapat menghaddirkan diri pada hari yang akan dimaklumkan kelak. Pertemuan dan kunjungan yang disifatkan sebagai Kunjungan Ramah Mesra daripada YB merupakan satu penghormatan kepada  PSSL12 dan diharap dengan kunjungan ini dapat membantu PSSL12 bertapak dengan lebih kukuh dan berkembang selari dengan moto "Membentuk keperibadian mulia melalui silat".

Untuk makluman, YB merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam rencana menaik taraf gelanggang lama kepada gelanggang kini. Jasa dan bantuan yang dihulurkan amatlah dihargai dan PSSL12 mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB dan semua jentera pentadbiran beliau yang banyak membantu selama ini.

Kini PSSL12 sudah mempunyai gelanggang yang dikira agak selesa dan fokus utama kini adalah untuk melengkapkan prasarana agar latihan semua aktiviti persilatan dapat berjalan lancar. Sumbangan Ikhlas YB amatlah kami hargai.

Sekian terima kasih.