Monday 18 January 2016

Perkahwinan Ibrahim & Norianti

PSSL12 mengucapkan
Barakallahu laka wabaraka, alaika wa jama`a bainakuma fi khair
"Mudah-mudahan Allah memberkahi untukmu, dan memberkahi atasmu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan"
Selamat Berbahagia Ibrahim dan Norianti sempena Majlis Perkahwinan pada 17 Jan 2016, Tahniah. Ibrahim dan pasangan













Monday 22 June 2015

Sumbangan Ikhlas Ramadhan PSSL12

Ibadah Zakat merupakan satu kewajipan yang jelas dalam Agama Islam. Ia bukanlah satu kewajipan yang terbeban kepada seorang individu sahaja tetapi merupakan satu sistem dalam masyarakat Islam yang dipantau perlaksanaannya oleh Pihak Pemerintah dan diurus secra sistematik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan samada dari segi kutipan mahupun agihan.

DAri segi siasah dan maslahah, Zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak  dan kepentingan zakat tersebut. Dari sudut pandangan syarak, Mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya  diagihkan kepada Asnaf yang layak.
,(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mengagihkan-zakat-secara-persendirian-dan-qada-zakat)

Oleh yang demikian, PSSL12 bercadang untuk menyeru kepada semua ahli dan sesiapa sahaja untuk membantu dalam agihan zakat kepada salah seorang rakan kita di PSSL12 yang kini sedang diduga dengan musibah yang meletakkan beliau didalam 8 golongan asnaf yang berhak menerima wang Zakat. Beliau yang dimaksudkan adalah saudara Bukhari bin Mohd Thani. Beliau kini sedang sakit dan keadaan penyakitnya membuatkan beliau hilang keupayaan untuk berkerja. Pada sesiapa yang ingin membuat bayaran Zakat dan sumbangan bolehlah mengisi borang yang dilampirkan dan sumbangan boleh dibuat dengan hadir ke gelanggang PSSL12 atau berhubung terus dengan En. Fuad ( +6012-644 2726 ) & En. Hafiz (+6017-637 4217 )


Tuan/puan juga boleh meyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan harian bagi meringankan lagi bebanan beliau. Akhir sekali, semoga sumbangan ikhlas daripada tuan/puan akan meringankan beban beliau dan semoga kerja yang baik ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Jasa baik tuan/puan hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.



Monday 6 April 2015

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin

Assalamualaikum...
Pada 01/03/2015 satu majlis bacaan Yaasin dan solat Hajat telah dilakukan di Gelanggang Utama Perguruan Seni Silat Langkah Dua Belas bagi memohon kesejahteraan keatas rakan yang bernama Afiq. Beliau terlibat dalam Kemalangan Jalan Raya. Majlis yang bermula sekitar pukul 8.30malam dipimpin oleh anak-anak dan guru-guru Tahfiz daripada Kuang, Selangor. 

Terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa pada malam tersebut. Marilah kita sama sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga rohnya ditempatkan dikalangan hambamu yang soleh. Amin.

P/S: Terima Kasih saudara Faizal keta selaku yang 
berusaha menjayakan majlis.








Sunday 5 April 2015

Majlis Tahlil Arwah PSSL12

Assalamualaikum.

Perguruan Seni Silat Langkah Dua Belas (PSSL12) akan mengadakan satu Majlis Tahlil Arwah sempena memperingati mereka yang telah pergi menghadap Ilahi. Majlis tahlil ini juga di anjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama ahli. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.45 malam (Selepas Solat Isyak)
Tempat : Gelanggang Utama PSSL12


Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, sila download borang yang disediakan dan hantar sebelum 15 April 2015. Pembayaran juga boleh dilakukan secara online ke akaun Perguruan :

CIMB Islamic : Akademi Langkah Dua Belas : 1272-0000353-10-6

Nota: Setelah pembayaran dibuat, sila hantar message kepada : +6 011-14353 077 - En. Faizal

Sekian, Terima Kasih.


Thursday 11 September 2014

Futsal PSSL12

Pada hari Ahad, 11/08/2014, Satu pertandingan Futsal bagi merebut Piala PSSL12 telah diadakan bertempat di The Cabin, Taman Melawati. Pertandingan bermula sekitar jam 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Objectif utama adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli didalam PSSL12 dan pertandingan adalah di antara pihak Senior dalam PSSL12 dan pihak Junior PSSL12.

Pihak pengurusan PSSL12 amatlah berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kemeriahan pertandingan tersebut. Tahniah kepada Juara dan Naib Juara. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan mengeratkan lagi keakraban sesama ahli. InsyaAllah.

Kepada yang gambarnya tiada, jutaan kemaafan dipinta daripada pihak pengurusan PSSL12.










Sunday 3 August 2014

Majlis Berbuka Puasa 19072014

Pada 19.07.2014 satu majlis berbuka puasa dikalangan Ahli Perguruan Seni Silat Langkah 12 telah diadakan. Pihak pengurusan PSSL12 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat tidak lupa juga kepada pihak penaja. Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dan semoga sentiasa berada didalam rahmat Allah S.W.T.

Majlis yang bermula sekitar pukul 4 petang dihadiri oleh puluhan pelajar-pelajar PSSL12 daripada pelbagai peringkat umur dan pada yang tidak dapat hadir semoga bertemu lagi ditahun hadapan hendaknya. Majlis yang dirancang secara mengejut membuatkan ramai ahli PSSL12 yang tidak dapat menghadirkan diri.

Berikut adalah antara menu yang sempat disediakan dan semuanya disediakan sendiri oleh ahli PSSL12 secara gotong-royong dan di kepalai oleh En. Faizal. "Hebat kemahiran memasak lu bro" semua yang hadir nyata berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan.

Di kesempatan ini juga, Pihak Pengurusan PSSL12 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin sekiranya selama ini ada melakukan sebarang kesilapan juga kesalahan yang disedari dan tidak disedari. Kosong-Kosong. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Daging Masak Lomak Cili Api
Chef kita berbaju kuning, sambal belacan the making



Sambal Tempe/Petai/Ikan Bilis + Ikan Sepat Masin
Ikan Goreng + Ulam Ulaman (Petai)
Ulam Ulaman (Kacang Bendi Celur + Jering/Petai/Timun)

Sambal Belacan + Budu Durian + Sotong Masak Kicap
Pencuci Mulut
Oren + Tembikai
Durian