Berkenaan SSL12


Silat Langkah 12 merupakan salah satu daripada ratusan pertubuhan Seni Silat Melayu yang wujud di Malaysia. Bercerita berkeaan dengan asal asul kewujudan Silat Langkah 12, Silat ini mendapat namanya setelah beberapa kali melalui pindaan nama. Ini kerana, nama asalnya dikatakan kurang sesuai untuk diketengahkan apatah lagi untuk dikomersialkan. Kini setelah di berikan nama yang dirasakan sesuai, beberapa langkah cuba dilakukan untuk mengetengahkan Perguruan Seni Silat Langkah-12.

Menurut pengasas dan juga Guru Utama perguruan iaitu Mahaguru Ramli bin Osman atau juga dikenali dengan Tok Ali dikalangan murid, Silat Langkah 12 adalah campuran daripada pengalaman dan pembelajaran beliau terhadap beberapa seni mempertahankan diri khususnya silat yang telah dipelajari sejak dari usia remaja lagi Minat yang mendalam dan keazaman untuk mewarisi dan mengembangkan warisan bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya ini telah membawa beliau ke beberapa gelanggang di kawasan sekitar tempat tinggal dan di beberapa buah negeri di tahanair bagi mempelajari pelbagai jenis silat dan pelbagai ilmu pengisian rohani dan jasmani. Malangnya, tiada catatan lengkap untuk dipaparkan tentang siapakah diantara guru-guru tersebut.

Didalam Silat Langkah 12, permainan langkah merupakan permainan asas di dalam setiap pergerakan di dalam Silat Langkah 12. Permainan langkah adalah asas dalam membuat serangan, mengelak, buah pukul, lapis, mengerang, mengunci, mematah dan lain lain lagi di dalam silat ini.  Mungkin inilah yang menjadikan permainan silat ini agak unik kerana sememangnya ianya tidak mengira berapa besar lawan sekalipun yang datang.

Sehubungan itu, Perguruan Seni Silat Langkah-12 amat mengalu-alukan kepada sesiapa anak bangsa yang berminat untuk mempelajari seterusnya mengembangkan warisan tradisi ini. Majulah Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Wassalam.


Untuk sebarang urusan pengambilan pelajar baru, pendaftaran dan pertanyaan, bolehlah kiranya dihantar ke


atau hadir sendiri ke
Gelanggang Silat Langkah 12
Lot 1034, Batu 7 3/4, Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

017-6374217 - Hafiz



Carta Organisasi SSL12