Thursday 20 February 2014

Gambaran Gelanggang Baru Dikala Siang

Gambaran pada siang hari 
Gelanggang Utama Seni Silat Langkah 12 yang terdiri daripada
1 gelanggang terbuka, 1 gelanggang berbumbung, bangunan pejabat SSL1, setor dan tandas.






Monday 3 February 2014

Gelanggang Baru 2014

Antara koleksi gambar Gelanggang Utama Seni Silat Langkah 12 (SSL12) diwaktu malam. Untuk pengetahuan semua, gelanggan ini telah mula beroperasi bermula Januari 2014 setelah hampir setengah tahun ditutup kerana kerja kerja naik taraf. Terima kasih kepada yang telah banyak menyumbang kepada projek naik taraf ini. semoga jasa dan budi tuan puan mendapat ganjaran yang sewajarnya disisi Allah S.W.T.

Gelanggang Utama SSL12 ini mampu menampung jumlah pelajar yang ramai sehingga mencecah kepada 50 orang pada satu satu masa dan ianya terbahagi kepada 3 bahagian. Gelanggang Utama, Gelanggang berbumbung dan satu unit pejabat (Juga digunakan untuk menerima kunjungan tetamu, mempelajari sesuatu yang tidak perlu bergelanggang seperti Mengaji, Amalan-amalan kerohanian dan lain lain yang dirasakan perlu.). 

Buat masa ini latihan hanya dilakukan di Gelanggang berbumbung memandangkan jumlah pelajar masih lagi kurang. InsyaAllah, selepas ini akan ramailah harapnya selepas Unit Promosi membuat promosi yang sewajarnya demi mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berkeperibadian mulia.

Oleh itu, apalagi, jom sihatkan badan, kita bersilat......




Jom kiter.....