Tuesday 24 June 2014

Hari Yang di Nanti Tiba Jua

Pada 14 Jun 2014, sepertimana yang dirancang, PSSL12 telah menerima kunjungan ADUN Hulu Kelang, YB Tuan Haji Saari bin Sungib. Kehadiran YB sempena Majlis Ramah Mesra bersama Ahli-ahli PSSL12 telah berjalan dengan jayanya. Lawatan yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Hulu Kelang dan PSSL12 ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada beberapa  Perguruan Silat, Penduduk kampung dan ahli PSSL12 sendiri. 

PSSL12 12 merakamkan jutaan terima kasih kepada YB dan rombongan beliau yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam berkenaan. Terima kasih juga diatas sumbangan dana menaiktaraf Gelanggang yang telah disalurkan dan diharap kerjasama yang terjalin akan berkekalan.