Tuesday 18 December 2012

Bantuan Dana Diperlukan

Perguruan Seni Silat Langkah 12 kini sedang dalam proses pembikinan dan menaik taraf gelanggang sedia ada demi keselesaan para pelajar pada mada akan datang. Gelanggang baru nanti bukan sahaja menempatkan ruang belajar silat tetapi juga bakal menyajikan pelbagai program-program berfaedah seperti kelas kompang, mengaji, bacaan yaasin dan tahlil, dan banyak lagi...

Kini gelanggang tersebut sudah memasuki 50% fasa pembikinannya dan kerje kerja menaik taraf tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana Perguruan Seni Silat langkah 12 kini kekurangan dana untuk meneruskan proses tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan sumbangan ikhlas anda dan sumbangan ikhlas masih lagi diperlukan bagi menyiapkan project tersebut. Pada yang berminat untuk membuat sumbangan borang boleh diperolehi dengan datang sendiri ke gelanggang atau berhubung dengan cikgu Man atau email kepada pixelscreative@yahoo.com

Berikut adalah beberapa gambar terkini perkembangan gelanggang.