Saturday, 11 June 2011

Kembalinya Kerahmatullah GURU kepada GURU

Assalamualaikum dan selamat pagi.......
Pagi ini suasana agak dingin. Message yang masuk daripada telefon membawa satu perkhabaran yang amat mengejutkan. Pulangnya seorang Guru kepada Guru Utama Perguruan Silat Langkah 12.
Guru yang dimaksudkan ialah Guru Utama Pengasas Ilmu Silat Firasah, Tuan Haji Mat Tahir bin Aral. Beliau merupakan bekas seorang Ahli Jawatankuasa Perbandaran Kajang, Sepanjang hayatnya hanya menumpukan pengajaran keilmuannya secara tidak resmi dan berasaskan jalinan peribadi / individu yang mengetahuinya melalui mulut ke mulut semenjak tahun 1960 dah mungkin telah melahirkan puluhan ribu anak murid di Nusantara ini.

Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada dunia Persilatan Melayu khasnya Silat Firasah. Sebagai anak anak Silat Langkah 12, Doa dipanjatkan agar rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Al-Fatihah

2 comments:

  1. Salam perkenalan dr anak2 murid silat firasah kajang dibawah guru cik man boron semenyih. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sy wan, mcm mana sy nk menghubungi cikgu man boron? Sy ade hal penting nk jumpa cikgu man boron, blh call
    Sy 0182451535

    ReplyDelete